Arkib bagi Kategori ‘tazkirah’

h1

Apa kata Islam tentang couple?…

September 7, 2008

“Bercouple? HARAM !!!!”

Kerana menghampiri ZINA!
Dalam Islam tiada istilah bercouple….kalau benar
seorang lelaki itu mencintai seseorang wanita
seikhlas hatinya, tidak boleh dia bercouple….
bercouple adalah datang dari nafsu….buat apa
menurutkan nafsu yang menghampiri zina?….

Bukannya Islam membunuh naluri dan fitrah manusia

untuk bercinta. Manusia sememangnya mempunyai rasa

ingin menyayangi dan disayangi.

 
Tetapi dalam Islam menetapkan hanyalah
perkahwinan dan bukan bercouple….cara-caranya,….bila seorang lelaki itu
tersuka kat seorang wanita tak kira lah member ke,
tak pernah kenal ke,….dia kena solat istikharah
dahulu sebelum memulakan langkah….minta petunjuk
Allah benarkah si dia itu adalah jodoh yang telah Allah
tetapkan….
Kemudian, andai dah dapat petunjuk benar si dia
jodoh yang Allah tetapkan, kena approach parents
dia….bukan nya approach dia….lelaki ni kenalah
minta izin kat parents nak kawan dengan perempuan
ni dan niat dia berkawan kenalah nak
memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar
main-main….
Lepas itu, perempuan ni pula kena buat solat
istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki
ni jodoh dia….kalau dah dapat petunjuk dari Allah dan
parents kata ok,….tak bermakna boleh dating, keluar
bersama-sama dan sebagainya…. step seterusnya kena
cepat-cepat tetapkan tarikh kahwin….lepas itu kahwin la,
and happy ever after….Insya Allah….

Adakah anda sedar yang sebenarnya step2 di atas adalah
step untuk meminang ?….
Cinta di luar perkahwinan sebenarnya cinta yang tidak suci

Kerana cinta itu menghampiri zina.

Tiada dalil-dalil yang mengatakan cinta itu halal.

Cinta yang halal ialah cinta dalam PERKAHWINAN!


Kesimpulannya, dalam Islam tak ada istilah couple….
kepada sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi,
marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple
Sebab bermula dari couple, macam-macam boleh terjadi, tak
payah la di sini saya sebutkan kerumitan yang
timbul selepas bercouple…. Sanggupkah kita
gadaikan agama hanya untuk kepuasan diri?….
Ingat! Kita muslim diperhati oleh non-muslim, macam
mana nak berdakwah kalau diri kita songsang?….

Jadikan cintamu kepada Allah sebab tempat kembalimu adalah kepada Allah.

h1

JANGGUT

September 3, 2008

Dalil-dalil dan pendapat ulamak mengenai kewajipan janggut sebagaimana di dalam kitab ” Janggut dan kepentingannya” yang di susun oleh Muhadisin Sheikh Muhamad Zakariya semasa beliau di Madinah.

 

Hadis #1

 

Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sepuluh perkaraadalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan” (dari Abu Daud)

 

 

 

Hadis #2

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, ” Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)

 

 

 

Hadis #3

 

Di dalam sebuah hadis yang di petik dari “Musannaf Ibn Abi Sayiban” diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini Rasulullah saw bersabda. ” Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut”

 

 

 

Hadis #4

 

Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra

 

meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan ke atas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenaipencukuran janggut dan memanjangkan misai”

 

 

 

Hadis #5

 

Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka.Baginda memberitahu kepada mereka; “Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?” mereka menjawab, ” Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami” Rasulullah saw bersabda, ” Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai.”

 

 

 

Hadis #6

 

Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami,”( dari Termizi).

 Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut….sekarang mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar…

 

 

 

Imam Ahmad bin Hambal rah di dalam kitabnya “Kitabuz Zuhud” meriwayatkan daripada Aqil ibni Mudrik bahawa Allah telah mewahyukan kepada salah seorang daripada Nabinya daripada kalangan ambya bani israel; bahawa beliau hendaklah memberitahu kaumnya jangan memakan makanan musuh-musuhku, dan mereka jangan menyerupai wajah-wajah mereka seumpama musuh-musuhku; jikalau mereka lakukan ini mereka juga akan menjadi musuh-musuhku”

 

 

 

Di dalam kitab Mali Hal, Imam Abu Daud menyatakan,”Inilah sebabnya mencukur janggut adalah haram menurut semua Imam; Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lain-lainnya”

 

 

 

Di dalam kitab Durri Mansur, ” Tidak ada sesiapa pun yang pernah membenarkannya, beliau telah bersetuju bahawa terdapat kata sepakat di dalam pelarangan mencukur janggut”

 

 

 

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie ” Al Ibaabi”, Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya “Kitabul Um” telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.

 

 

 

Daripada mazhab Maliki dalam kitab “Kitabul Ib ‘Daa”, ” Tanpa ragu-ragu lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram”

 

 

 

Di dalam kitab Mazhab Hambali ” Sharhul Muntahaa” dan ” Sharhul Manzumatul Aadab” dinyatakan bahawa ” Pendapat yang paling diterima bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut”

 

 

 

Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut

 

adalah haram. (kitab Al Qasim)

 

 

 

Imam Qurtubi menyatakan, ” pencukuran janggut, mencabut keluar semua

 

rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan”

 

 

 

Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu

 

 

 

Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya ” Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami”

 

 

 

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa, ” Dia yang menyerupai orang-orang kafir dan mati di dalam keadaan itu, dia akan dibangunkan bersama-sama mereka di hari Qiamah”

 

 

 

Di dalam kitab “Tamheed” yang merupakan ulasan bagi “Muwataa” di sebut, “Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan”

 

 

 

Saidina Umar ra dan Ibn Abi Lailah ra, yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

 

 

 

Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar. Walaupun perkara membela janggut nampaknya “kecil” atau “mudah” tetapi ia membawa begitu besar pengertiannya…

 

 

h1

Mampukah engkau membeli syurga?

Julai 30, 2008

                Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w tertawa sendirian. Saidina Umar pun bertanyakan hal yang menyebabkan Rasulullah s.a.w begitu gembira. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, “Ada dua orang umatku memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang itu berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi orang itu.” Berfirman Allah s.w.t kepada yang seorang lagi, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!” Lantas menjawab pula orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, sesungguhnya kebaikanku telah habis semuanya, maka tiada apa yang dapat aku berikan kepada saudara ini.”

            Lelaki yang menuntut pula berkata, “Oleh itu engkau mesti menanggung semua dosaku sebagai ganti rugi.” Justeru itu, air mata baginda mengalir menahan kesedihan. Baginda meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga.” Si penuntut itu serta-merta mengangkat kepalanya lalu terbungkam dengan keindahan syurga tersebut dan bertanya, “Adakah syurga itu untuk para nabi atau para syuhada?” Allah berfirman, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!” “Ya Allah, siapakah yang mempunyai harta yang sangat banyak cukup untuk membeli syurga yang sangat hebat dan indah itu?” Allah menjawab, “Engkau juga dapat membelinya dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu itu.”

            Lelaki itu terus berkata, “Kalau begitu, aku sanggup mengampunkannya!!” Lalu firman Allah, “Pimpinilah saudaramu itu bersama-sama ke dalam syurga itu.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”